@ hujung jari jemari

Tuesday, April 7, 2009

DiE cuRanG @ t!DaK??? :::part 1:::

perkara paling mahu dihindari dalam
sesebuah hubungan adalah infidelity
atau KECURANGAN. namun,
bagaimanakah keadaannya jika ia tetap
terjadi? apa pendirian kamu jika si dia
curang terhadap kamu?
Lingkaran hidup penuh kisah tidak
terduga. ada hibungan berantakan, ada
juga bahagianya berpanjangan. sebagai
seorang setia, pastinya kecurangan
oleh pasangan hidup atau kekasih
sangat melukakan. kecewa tidak
terkira, kalau boleh mahu
menghilangkan diri daripada dunia.
tetapi bagi kamu jika dipihak yang
melakukan kecurangan, dirasakan
hadirnya perasaan kasih sayang
kepada insan baru bukan kemahuan
diri. keadaan yang sukar diungkapkan
kerana ia hadir dengan sendirinya.
kononnya!


ARIL dan MELISSA ialah pasangan
kekasih yang telah mengikat tali
pertunangan setahun lalu. mereka bagai
tidak boleh dipisahkan lagi. seluruh
keluarga dan sahabat taulan
menganggap mereka paling ideal,
romantis dan tidak boleh dipisahkan
lagi. segala-galanya berjalan lancar
sehinggalah melissa memperkenalkan
teman lamanya ZALEA kepada aril.
sejak hari itu, kedua-duanya tertarik di
antara satu sama lain. tanpa
pengetahuan melissa, aril sering
mencuri peluang bertemu zalea.
manakala zalea sendiri hanya mengikut
rentak lelaki kacak itu.
bukan dia buta dengan keakraban
tunangnya dengan teman baiknya. bagi
melissa yang mengetahui latar belakang
zalea pula hanya membiarkan keadaan
itu. dia sekadar berbaik sangka. zalea
hanya memerlukan perhatian kerana
kehancuran keluarganya. takkan dia
sanggup berlaku curang dengan
sahabat baiknya sendiri. sedangkan
perkataan itu adalah satu kepantangan
dalam hidupnya... ibunya diceraikan
dihukum berlaku curang.
setidak-tidaknya si ayah mempercayai
keadaan itu berlaku. malah zalea tidak
pernah diakui anaknya. bagi si ayah,
zalea adalah anak hasil hubungan si
isteri dengan lelaki lain. dia
meninggalkan zalea ketika dia masih
bayi dan membawa anak lelaki
sulungnya sahaja. sehingga kini jejak si
ayah dan abang tinggal bayang untuk
dikejar. biarpun berpuluh tahun berlalu,
zalea kekal tidak diakui anak gadisnya.
itu sekadar anggapan melissa.
sebaliknya, kecurangan si ibu hanyalah
secebis alasan sahaja. ternyata ibunya
tidak pernah curang dan menjadi
mangsa keadaan. memang benar dia
pantang mendengar perkataan curang
itu. apa pula keadaan dia dan aril itu
yang dipandang orang sekelilng sebuah
kecurangan? benar, dia berasa diri
sangat istimewa setiap kali di sisi lelaki
itu. kekurangan diri berbanding melissa
membuatkan zalea merasakan dirinya
sering ketinggalan. manakan tidak,
melissa sering menjadi perhatian lelaki.
dia hanya jatuh nombor dua atau tidak
tersenarai langsung. zalea selama ini
kurang kasih sayang lelaki dalam
hidupnya, pastinya sangat menghargai
kehadiran aril. hanya kerana itukah
atau tersimpan maksud lain? tidak!
zalea tahu batas-batasnya ketika
bersama aril. dia sedar dia
terbawa-bawa dengan kekosongan
hidup yang mula dirasakan terisi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...