@ hujung jari jemari

Monday, March 29, 2010

impian L




dari x penah pegang stereng kereta, die bercita-cita nak ade lesen besar. bukan lesen lori, traler, bus n sewaktu dengannya, juz lesen CDL... untuk sampai tahap tu, die kena la belajar memandu terlebih dahulu.. kan die x penah pegang stereng keta. i mean die x penah bawa kereta.






so, mula2 ni die masuk la akademi memandu. tu selepas die dapat permision dari big boss die. die ni agak 'anak bapak'.. bukan cam anakku sazali. die ni suke ikut cakap abah die. malas la nak bantah2.. katanya laa.




mula2 masuk akademi, die kena ambik UJIAN BUTA WARNA.. sume2 ade 23 soalan.. alhamdulilahh, die ni xde buta warna.. (n jugak dijauhkan dari buta hati.. mudah-mudahan) sume solan die jawab betol.. so, LULUS. kalau GAGAL lak camne?? korg (bukan aku!) kena la dapatkan SURAT PENGESAHAN DARI DOKTOR n dikecualikan dari Ujian Buta Warna.




dah setle pasal Ujian Buta Warna, masuk lak kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP). minima 5 jam. katne? kat Institut Memandu (IM) laa... masuk bilik kuliah, dengar lecture bla bla bla blaa... kalau lecturer korg boring, alamatnye buat peta xtahu negara mana la korg dalam bilik berhawa dingin tuu. oh, yaa... make sure bawa ic ek.. thumbprint tu penting. jangan menyusahkan akak or abg yg jaga kat kaunter dgn masalah ibu jari yg xleh di baca.. kulit gelupas ler, basah sebab peluh ler.. kalau kena kat korng pun mesti hangin.. bukan korg sorang diorng nak handle o.kk.. masuk bilik kuliah MESTI tandatangan buku kehadiran. IM akan keluarkan sijil KPP (JPJL2A) n buat bayaran... actually sebelum masuk kuliah kena bayar.. rm150. melayan la duit........ ape benda yg die cakap mase ceramah tu? macam2 laa... PANDUAN PENGGUNA JALAN RAYA, HIGHWAY CODE, PEMANDUAN BERHEMAH yg merangkumi konsepnya, kedudukan, keadaan, halangan, peraturan, olah gerak, keputusan/tindakan mencegah kemalangan. PEMANDUAN DALAM PELBAGAI KEADAAN (kecemasan, lebuhraya, waktu malam), KEPERLUAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEMANDU (stress management, pemanduan dibawah pengaruh alkohol n dadah), UNDANG-UNDANG DAN KESALAHAN PEMANDU (lesen memandu, kesalahan dan hukuman akta JPJ 1987, sistem KEJARA) n termasuk gak mengenai penunggang motosikal. selepas habis kuliah (nak blah balik rumah or pg mana2 laa....) sekali lagi guna thumbprint. so, pastikan ibu jari korg berkeadaan baik. masalah akan timbul bila korg selalu wat keje kasar.. huhuuuu. jaga2!








DAH HABIS la cerita sehari die kat akademi tu... dari pagi2 buta sampai petang. ane dapat lesen L lagiii.. bila dapat? sabar2....




dah setle kursus tu, die kena balik umah, study la sikit. bace je buku Panduan Pembelajaran yang dibekalkan.. segala tanda isyarat lalulintas tu mybe agak senang sikit kot nak ingat. ade gak Buku Latihan Ujian Undang-Undang Jalan Raya.. so, balik pratice make perfect la yee... ade 500 soklan ooo. jawapan disediakan, don worry..






sekarang ni DIE tgh ulangkaji n practice make perfect kat umah, dgn mak sedare die yg dah 'banyak pengalaman' tapi baru nak ambik lesen. actually baru belajar cam DIE. bila nak ambik ujian tu?? a.s.a.p... cam 7up, ikut suke u...










oh ye..! ujian bahagian 1 adalah ujian berkomputer. bayangkan kalau dah jadi makcik baru nak ambik lesen... yg celik it xpe, masalahnye org lama dulu2 ane pandai komputer!!!
















psst: akademi bagi file, buku catatan, pen juga....

mereka sudah kawin







nurazyantie tasya ♥ amin hafeez


ya ALLAH ya TUHANKU...
kurniakanlah keimanan yang berkekalan kepada nurazyantie tasya dan amin hafeez, satukanlah hati mereka sepertimana Adam dan Hawa, tabahkan hati mereka setabah Ibrahim dan Hajar, bahagiakan mereka sebahagia Yusoff dan Zulaikha, setiakan hati mereka sesetia Sulaiman dan Balqis, dan KAU sucikan mereka sesuci Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W. dan Khatijah.... AMIN.
biase ler... cuti sekolah abis, org wat kenduri pun xde. adusss... ramai tol mendirikan masjid. x larat nak layan... ade sehari sampai 2-3 jemputan. haru2...
mereka sudah kawin. aku???

Saturday, March 13, 2010

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary: sejarah hidup



Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Ramai orang kenal pakcik ni sebagai pengasas pertubuhan kebajikan Yayasan Al-Bukhary, atau selepas dia dah pun jadi JUTAWAN. aku pun kenal pakcik ni dalam majalah. list orang2 terkaya kat malaysia... sape x kenal TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY sila hantuk kepala kat monitor pc laju2 (bagi yg guna pc) or makan mouse idup2 (bagi yg ade lappy sebagai teman sosial)..


ingat lagi mase aku sekolah dulu, aku masuk lib n g kat sudut santai lib. g bace timbunan majalah kat situ. antara majalah selalu aku belek (tgk tajuk besh baru baco) adalah dewan masyarakat n ekonomi. jarang2 ternampak jugak majalah forbes. maybe kepunyaan mana2 cikgu. aku suka ambik beberapa keluaran majalah yg lepas2, n timbun kat meja yang aku nak duduk n membaca. maka berkatalah seorang kawan 'baik'ku.. "wow! mcniy baco ekonomi.".. aku jus senyum je laa. paling x aku dah buat pahala sedekah,kan? n then kalau die 'ternampak' lak aku baca tajuk pasal bisnes, watever la berkaitan bisnes, die berkata dengan nada yang agak menyucuk gegendang telinga aku, "nak jadi bisnesswoman berjaya ke? bagus mcniy... nanti kayo jange lupo kito etep desss." asmawek tol.... itu semestinya sudah memerli aku.. adusss! xpe2, aku ambik sebagai MOTIVASI. mcniy, b positiF! <-- itulah kumpulan darahku.








STOP!! aku bukan nak story pasal aku...



mase dulu2 aku bace majalah tu (x kompem sangat majalah ape) pakcik tan sri ni dok tangga ke .... errr aku lupe juga. xpe, yang penting KAYA n masuk list!





baru dalam masa lebih kurang 10 tahun ini nama pakcik ni disebut-sebut sebagai usahawan Bumiputera yang berjaya. Yang ramai orang tak tahu, pakcik ni dah cukup lama berniaga. pada tahun 1960-an, (mase tu pakcik ni belum boleh digelar pakcik) sudah mula berniaga. Mula-mula dia tolong ayah dia berniaga kerbau, lembu dan emak dia tanam sayur. (keluarga orang kaya ke miskin pakcik ni?) Mereka beli kerbau dan lembu daripada orang kampung, digemukkan dan dijual. Sebab pakcik ni tolong ayah dia berniaga, dia tak boleh masuk sekolah sepenuh masa. Jadi dia masuk Sekolah Saint Michael Independent, belajar sebelah petang. Sebelah pagi jaga kerbau lembu, sebelah petang belajar. pagi dgn kerbau, petang belajar... beginilah seterus2nyaa...) Itu pun SAMPAI TINGKATAN 5 SAHAJA dan tak sempat ambil peperiksaan. sadiss molep...!


Dia mula berniaga sendiri pada awal tahun 1970-an (turun temurun beb! mesti ado org kutuk die. dari bapak sampai anak jual lembu.) bila perniagaan kerbau lembu ayah dia down akibat wabak penyakit kaki dan mulut (hawar). penyakit ini tidak mengenal lembu sape2.






"Syed Mokhtar tidak malu dan segan mengakui diri dia sebagai keluaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun dia sendiri mula berniaga dengan gigih lama sebelum DEB bertapak. Jadi tak betullah fitnah Bumiputera tak pandai berniaga atau semua usahawan Melayu yang berjaya adalah usahawan kroni, payung terjun dan proksi"



Perniagaan kerbau lembu babitkan pengangkutan dari Selatan Thai sampai ke Kuala Lumpur. so, Syed Mokhtar belajar serba sikit mengenai pengangkutan. Bila dia ambil alih perniagaan ayahnya, tindakan pertama yang dia buat adalah mohon lesen lori.

Dia dapat empat Lesen Kelas A dan minta pinjaman Mara. Dia dapat RM110,000 yang cukup untuk beli dua buah lori Mercedes 911LS. Seorang tauke Cina minta beli baki dua permit itu. Syed Mokhtar kata terima kasih dan dia serahkan dua lesen yang tak dipakainya itu kepada Mara.

Dia bagi nama syarikat lorinya Syarikat Kenderaan Sentosa, ambil sempena nama Hotel Sentosa di Jalan Raja Laut tempat dia tinggal bila berurusan di Kuala Lumpur. Syarikat itu ada sampai hari ini dengan lebih 40 buah lori.

Daripada perniagaan kerbau lembu -----> pengangkutan lori dia berkembang ke dalam bidang hartanah dengan bantuan Lembaga Kemajuan Bandar (Uda), perniagaan beras dengan dua rakan kongsi bangsa Cina, kontrak pembekalan kerajaan, mengimport dan membungkus susu dari New Zealand, perkapalan, pembuatan dan perbankan. macam2!

Hari ini, Syed Mokhtar ada lebih 10 buah syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia dengan kakitangan lebih 30,000 orang. Tahun ini, dia disenarai oleh majalah Malaysian Business sebagai orang ketujuh terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM6 bilion daripada 40 yang disenaraikan.

Syed Mokhtar tidak malu dan segan mengakui diri dia sebagai keluaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun dia sendiri mula berniaga dengan gigih lama sebelum DEB bertapak. Jadi tak betullah fitnah bahawa Bumiputera tak pandai berniaga atau semua usahawan Melayu yang berjaya adalah usahawan kroni, payung terjun dan proksi.

Cuma kita orang Melayu tidak cukup hormat kepada kebolehan anak bangsa kita sendiri. Kita mudah makan fitnah dan dakyah orang yang tak suka bangsa kita maju. Jadi kita kena ubah sikap negatif ini kalau mahu bangsa kita maju.







malas nak cite tentang sorang manusia ini... sebab die bukan melayu. xpe, story jugak... sikit sahaja.




Vincent Tan individu ke-828 (lawa no) terkaya dunia - CEO KUMPULAN BERJAYA




- miliki aset bernilai AS$1.2b






psst: tan sri syed mokhtar al-bukhary (ke-655 dgn aset AS$1.5billion..) kayo kayoooooo




di kalangan negara Asia, China terus mengungguli dengan peningkatan lebih 2x ganda bilangan hartawan dalam senarai itu. (dari 28 (tahun lalu) kepada 64) wahwahwahhh....

.... berniaga dah jadi darah daging orang cina. mereka tahan dugaan. dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan perlukan kemahiran 'seni kungfu perniagaan' untuk atasi apa jua rintangan. orang cina pandang tinggi pada orang yang berniaga, sekalipun perniagaan kecil macam jual air batu di kaki lima daripada mereka yang makan gaji. orang yang berniaga sendiri ni ada lebih banyak kebebasan dan kuasa. dipangggil 'tauke', istilah yang sangat dibangga oleh orang cina... satu gelaran KEBESARAN.

-umar aisy, Bayangan Rindu.





wh0 iS MaLaysia'S CEO oF tHe yEaR 2009??

Friday, March 12, 2010

QuE $eRa, seRa..




akulah yang harus abangkit dari kekecewaan. aku harus memulakan lembaran hidup baru. tetapi buat masa ini masih terlalu awal untukku merencanakan apa-apa. jadi, aku sambut sahaja takdir yang datang.




terlalu awal?? kalau nanti jadi terlewat camne? kan aku selalu mencemburui masa.






que sera, sera... whatever will be, will be. the future's not ours to see. que sera, sera.. what will be, will be..




serungkap lagu yang mempunyai maksud yang mendalam., iaitu aku menerima apa saja takdir yang datang kerana segala suratan sudah tertulis sejak di azali.




que sera, sera... whatever will be, will be. aku tidak tahu apa yang menanti di hadapan. pasrah dan berdoa sahaja untuk yang terbaik.




aku tidak mahu terlalu merancang kerana segala yang telah berlaku adalah di luar jangkaan dan keinginanku. lagipun hidup ini kalau dirancang setiap detik, akan hilanglah dramanya..

mengapa harus cinta: apa kata pakar mengenai cinta ♥ part 2

pakar psikologi cinta ISLAM kaji mengenai cinta berlandaskan WAHYU yang diturunkan oleh ALLAH. cinta yang digambarkan dalam kebanyakan ayat2 Quran dan hadis RASULULLAH didapati sebagai cinta yang mempunyai pelbagai versi, tujuan, dan matlamat... (agak boring huraian ini. dan aku juga tidak suka ssuatu yang membosankan! itu fitrah seorang A>K>U... WANITA)

cinta - x dipandang hanya sebagai hubungan sesama manusia sahaja tapi melibatkan hubungan dengan Tuhan, perbuatan dan seluruh kehidupan manusia.

Imam Ghazali - cinta adalah unsur yang menyenangkan dan memberi tarikan dalam hati manusia.. (YeZZaaa!)

Imam Ibnu Qayyim - mengupas terperinci soal cinta manusia dan cinta ketuhanan yang saling berkait antara satu sama lain.

Ibnu Hazm - banyak kupas persoalan cinta sesama manusia tanpa melupakan ajaran Islam yang meletakan beberapa batas dalam pergaulan dan percintaan.




semua pakar cinta berusaha kupas hakikat cinta melalui PENGALAMAN PERIBADI dan PENGETAHUAN YANG LUAS mengenainya. kesungguhan mereka mengambarkan hakikat CINTA sebenarnya mampu DITEROKAI oleh manusia dan dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembangunan insaniah, keluhuran akhlak dan kesuimbangan hidup di DUNIA dan AKHIRAT.


HAKIKAT,.. CINTA menjadikan manusia seorang pemikir yang baik (x penah alpa) kepada apa yang dicintainya n then most important is CINTA sebaik-baiknya menjadikan manusia UNGGUL pada zaman kehidupannya.





oh, aQuE!: makin hari makin besh layan fb. hehee. oh! ramai nye kawan sekolah rendahku dulu.. kamu semua masih segar di ingatan kuu...

oh, bestnye.....! aku dah start cuti paaaaaaaaanjang!

Monday, March 8, 2010

fb... fb... FB!


gilo on fb.. biar dop dok depan lappy pom. ala, supo ym jugok laa... xpo, aku bukan kacau org. jauh sekali nak ambik duit org.


ramai ekk kawan kat fb.. koya! po la ramai sangat... actually ramai jumpe kawan sekolah rendah dulu2. paling x boleh tahu perkembangan diorang. biar la die x ingat aku pun.



cuace sekarang ni panas tol.. kalau tengah hari ase cam nak berkampung je kat dalam jamban. kalau are umah ade pokok rendang, ado plop gere, fuhh! sedap rehat tiap2 petang... terlalu lame ase nye x rase nikmat camtu.. terlalu, lalu lame. memandangkan cuace sekarang tersangat ler panasnye... (baru panas dunia beb!) so, kena la mandi acapkali sikit unuk maintain kulit supaya cantik... macam ler cantik sangat,kan?



2,3 hari ni aku gelisah sangat2. don no y... semua benda yg buat x kena. nak angin jer... semua org aku 'benci'. 'lampu merah' ke kak?? no! no! NO! actually nape ek?? serabut sangat2... ntah ape2 aku pk..


huarrr! tv kat luar roSUCK.. sepi la dunia aku tanpa tv.. macam ler layan tv sangat. x tgk pun kalau buke je kire dah ok bagi aku.. pelik2. buke tv, mute sound n' dgr lagu kat lappy or phone. ye sangat ler, tgk tv, dgr lagu.. chantekkk!



lagi keje gile aku wat: pasang lagu tpon kat dalam bilik sampai volume maximum tapi aku dok ngadap lappy kat luar (depan tv). ok ape. aku still boleh dgr lagu tuu.. gile,kan? gile la jugakk.... oh, kawan! miss u maa..

Saturday, March 6, 2010

mengapa harus cinta: apa kata pakar mengenai cinta ♥ part 1


pakar psikologi cinta BARAT = cinta adalah hubungan unik sesama manusia yang mengambarkan sikap saling memerlukan antara satu sama lain bagi memenuhi kehendak dan kebahagiaan hidup di dunia. (dunia jer ker??? sengal je aku ase.. heheee)


robert j. sternberg - cinta berpaksi kepada 3 unsur penting. KEINTIMAN, NAFSU, KOMITMEN. (aku setuju!)


simund freud - membayangkan (men bayang2 la plop...) cinta sebagai rangkaian kehendak seksual yg tidak dipenuhi (ekk??) sepenuhnya (sublimated sexuality)


theodore reik - perkara yang terbit lantaran rasa tidak puas hati kepada diri sendiri dan bahagian yang diperolehnya dalam kehidupan. manusia mencari cinta apabila kehidupannya mengecewakan dan dia memerlukan orang lain bagi mengubati kekecewaannya itu. ni la yg berlaku kat sorg temanku kot... aku pon. ntah.. oh, c!)


erich fromn - unsur yang terbit daripada perasaan ambil berat dan bertanggungjawab, hormat dan ambil tahu mengenai orang lain.. (so sweet!! ermm... kalau xde tanggungjawab tu maknannya bukan cinta la ek?? ambil berat. tu la ciri2 yang aku idamkan.. waLLA!)






pakar psikologi cinta ISLAM pulak ............. <------ nex n3. ngatop2! tidozzzz.....


fs ku berhabuk...

arrghh! jumpe dgn syidah kat fs. actually terjumpe.. agak lame aku x tgk fs tu... 2,2 sekali. nek berhabuk dah pom.. sekali sekala kena lap la jugak,kan. x rugi ase merenda kat sane. tgk2 pic kawan.. agak lama jugak aku dok cari contact syidah. no lame hampeh. dah tukar.. dah berhubung ni, banyak la kuar cite. tukar2 cite pasal kawan2. n seperti yg dijangka, kabar angin seorang kawan dah kawin betul2 mengejutkan die. hahahaa..


psst: kawan kite tu kawin senyap2 tau... x jemput mana2 kawan pun. sampai atiii.... ermm, ade ler tu alasan die. agpun die ade another commitment... sape kawan kite tu?? klu: student nursing (KKM)... sape ek? ape2 pun, semoga berbahagia SAMPAI BILA2.. sampai tua, sampai anak cucu, sampai mati, sampai alam syurga!

Thursday, March 4, 2010

frust

merenda kat fb seorang kawan... tiba2 aku terasa teramat-amat la down. down giler2! aduss... sesak dada. sedih! terasa aku tercampak dalam dunia yang aku x ingin. bukan dunia aku! aku x nak hidup macam ni... dengan usia aku semuda ini, aku x layak di sini. ni bukan tempat aku! habis tu aku harus ke mana lagi?? di sini, semua mata yang memandang bagaikan mencebik..
ibarat ore qlate kato, 'nok nyawo dop lepah!'
aku nak g mandi... ane tahu boleh ilang sikit perasaan yang aku x suke ni..

kulit ku cantik.. oh!


tips nak tangan cantik.. (kulit). dulu aku dengar ade orang kata aircond wat kulit jadi kering. ye la kot.. atas org2 jugak agaknye. tapi aku suka aircond! sejukkk.... baru2 ni aku terbace dalam paper pasal nak jaga kulit. antara selebriti berkulit cantik, gedu, putih adalah maria farida. memang x dapat di nafikan. huhuu. aku tengok pom geram..! cupp, aku bukan lesbian!! aku sebagai sesama pompuan ni pom 'berkenan' dengan pompuan kulit putih, gebu ni. apatah lagi kalau laki tgk.. tambah pulak imaginasi laki ni,kan hebat. hahahaaa.. ngeri3! sejuk baik untuk kulit. so, aircond memang baik untuk kulit. cam sayur jugak ler... kalau letak tempat sejuk, kan die tahan lama. kalau panas lak cepat busuk... bagi org yg xde aircond kat umah die, cam aku xde la kulit cantik,kan?? heheee. nasihat aku, nak kulit cantik, rajin2 ler dok kat dapur. org cakap dok kat dapur tangan jadi kasar,kan? x jugak. kalau basuh pingan,kan tangan kita kena air. lagi banyak basuh pingan, lagi la lama tangan kita kena air. jugak macam sayur, kalau kena air mesti segar. kan tadi kulit diibaratkan bagai sayur.. so, air memang memang baik untuk kulit. hehee... bagus betoi aku.. kulit x putih pun (cam aku... hukhukksss), paling x lembut,kan? kulit cantik x semestinya putih,right? oleh yang demikian, rajin2 ler dok kat dapur esspecially, rajin2 ler basuh pingan. selain tu kita boleh menunjukkan kita rajin walaupun kita x nak tunjuk pon kita memang memang la rajin macam aku (lagi).

psst: orang kaya patut ler kulit die cantik.. dok umah ade aircond. kuar umah nek keta ade aircond, g shopim kat mall2 besar dah tentu ade aircond, pastu dok goyang kaki je, boleh mandi berjam-jam sambil berendam dalam tab mandi. bersiram ala2 puteri gunung ledang.. tu belum masuk lagi mekap mahal, sabun mahal, perfume mahal, baju mahal, MAHAL MAHAL BELAKA.

umah aku xde aircond, ade tab mandi, aku shopim kat tempat2 biase jer.. kat mall aku shopim jugak, tapi 'shopim tingkap'. kalau aku dok goyang kaki je kat umah, aku mudah jadi gemuk, mekap pun dengan bajet ciput jer... pakai sabun lifebouy jer.. MURAH MURAH BELAKA. tu la aku x cantik sangat.. cantik jugak tapi x sangat. heheee
syyhh: aku makin meminati hafiz af7. sebab ape? adakah sebab lagunye? suaranya? MUKA nya?? masih jelas..............

Tuesday, March 2, 2010

bertamu dikalbu

pelik sungguh! makin gemuk ke aku?? huhuu. ape la makcik tu.. baru 3 hari lepas saya beli seluar. saiz turun 1 tau... bangga saya! nak beli yang kurang 2 saiz dari dulu pun boleh agaknya. aku sudah 'koya'.. tapi tak try la pulak saiz tu. xpela, nanti aku riak lak.

semalam g beli mee cambo kat berek 12. ape nama kedai dia? ntah, lupa. awek melayu siam tu buat bihun+kuehtiaw, aku nak mee+kuehtiaw. pekak ke pening tak tahu laa. actually nak cari nasi air. kesian, habis. takde rezeki.. agak kecewa sebenarnya. xpe laaa... maybe next time.


khas untuk bro. z... hehee


Tajuk/Lirik Lagu: Derita Merindu
Artis/Penyanyi: Ahli Fiqir

(Rap)
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai


Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah


(Ulang) (2x)
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya.. kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

(Rap)
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan..
Aku masih terkilan


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

(Rap)
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu


Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa


derita merindu? xde le sangat......



Lirik Bertamu di Kalbu – Jaclyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkanKata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu



Pertama kali mendengar lagu ini, hati terpaut... lagu yang perlahan.. mendayu-dayu gituuu.. hehee. merdu dan sedap telinga mendengarnya. Liriknya yang begitu dalam maksudnya menambat hati untuk mendengarnya berulang kali... untuk memahami setiap bait liriknya. sampai sekarang aku x jugak paham2. lagu ini sesuai untuk didengar sebagai santapan telinga tatkala diri ini sedih, sepi, malam2 yang suram dan kebosanan yang melanda. tambah bes dengan suara jack n melodi die...

syyhhh..! aku copy paste komen ni... aku x tahu nak reka ayat sendiri. xpelaa, kan? aku copy dari sape n paste kat sini?? biarlah rahsia... TQ kak!


note: dalam usaha nak habiskan buku PSIKOLOGI CINTA by Datuk Dr. Fadzilah Kamsah n' someone-wanita-yg-aku-x-ingat. bes.... amat2 sesuai bagi sape2 yg cuba2 nak bercinta, nak bercinta.. sesuai ugak bagi yg tengah bercinta. yelaa, bercinta tapi xde ilmu tentang cinta. sebenarnya xtahu pun makna cinta sebenar, juz sibuk dok tayang makwe/pakwe, peluk-cium, projek sana-sini.. GILA! x tahu la mana silap budak2 ni,kan? kecian mak bapak die. mak die silap makan mase mengandungkan die, or mase kecik2 die makan 'kokse'??

psst..: baruku tahu pok ku tu datuk.. datuk or dato'? ntah. very2 low profile. tapi sayang seribu kali sayang, die datuk yang xleh wat aku jadi datin. HEHEEE...

mengapa harus cinta: perlukah cinta?


"CINTA itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu tang tidak terfikir oleh akal. Qois mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya." - Anymous

CINTA = seperti keperluan asasi (makanan, pakaian, perlindungan).
CINTa = fitrah semulajadi dari ALLAH kepada manusia.
CINTA yang dambaan = yang merangsang perasaan, menaikan semangat perjuangan & beri makna dalam kehidupan.
CINTA yang diperlukan = yang menguatkan, menyucikan perasaan & kehormatan

keinginan melakukan apa jua kerja memerlukan CINTA sebagai pendorong. semangat untuk bangkit diperoleh melalui cinta tulus yang sentiasa subur menuju KESEMPURNAANNYA.

kata2 'CINTA ITU BUTA' mencemarkan KEMULIAAN CINTA. ada cinta yang menjadikan pengamalnya tidak dapat melihat kebenaran dan hakikat kehidupan sebenar. CINTA berlandas ILMU adalah sebaik-baiknya kerana mampu menjadi cahaya penyuluh kehidupan, penunjuk jalan kebenaran dan keamanan. (inilah yang aku cari... so, aku kena cari ilmu CINTA)

kita yang bercinta dengan penuh kesedaran (aku nak!) menyedari kita bertanggungjawab atas segala tindak-tanduk dan perbuatan kita dalam percintaan. kita takut pada PERHITUNGAN ALLAH. Oleh itu, memahami hakikat cinta yang sebenar adalah penting supaya kita dapat membawa cinta yang kita pelihara dan sanjung itu ke tahap yang menjurus kepada kemuliaan anugerah ALLAH. (YESS!! aku nak memahami hakikat cinta sebenar.)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...