@ hujung jari jemari

Saturday, March 13, 2010

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary: sejarah hidup



Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Ramai orang kenal pakcik ni sebagai pengasas pertubuhan kebajikan Yayasan Al-Bukhary, atau selepas dia dah pun jadi JUTAWAN. aku pun kenal pakcik ni dalam majalah. list orang2 terkaya kat malaysia... sape x kenal TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY sila hantuk kepala kat monitor pc laju2 (bagi yg guna pc) or makan mouse idup2 (bagi yg ade lappy sebagai teman sosial)..


ingat lagi mase aku sekolah dulu, aku masuk lib n g kat sudut santai lib. g bace timbunan majalah kat situ. antara majalah selalu aku belek (tgk tajuk besh baru baco) adalah dewan masyarakat n ekonomi. jarang2 ternampak jugak majalah forbes. maybe kepunyaan mana2 cikgu. aku suka ambik beberapa keluaran majalah yg lepas2, n timbun kat meja yang aku nak duduk n membaca. maka berkatalah seorang kawan 'baik'ku.. "wow! mcniy baco ekonomi.".. aku jus senyum je laa. paling x aku dah buat pahala sedekah,kan? n then kalau die 'ternampak' lak aku baca tajuk pasal bisnes, watever la berkaitan bisnes, die berkata dengan nada yang agak menyucuk gegendang telinga aku, "nak jadi bisnesswoman berjaya ke? bagus mcniy... nanti kayo jange lupo kito etep desss." asmawek tol.... itu semestinya sudah memerli aku.. adusss! xpe2, aku ambik sebagai MOTIVASI. mcniy, b positiF! <-- itulah kumpulan darahku.








STOP!! aku bukan nak story pasal aku...



mase dulu2 aku bace majalah tu (x kompem sangat majalah ape) pakcik tan sri ni dok tangga ke .... errr aku lupe juga. xpe, yang penting KAYA n masuk list!





baru dalam masa lebih kurang 10 tahun ini nama pakcik ni disebut-sebut sebagai usahawan Bumiputera yang berjaya. Yang ramai orang tak tahu, pakcik ni dah cukup lama berniaga. pada tahun 1960-an, (mase tu pakcik ni belum boleh digelar pakcik) sudah mula berniaga. Mula-mula dia tolong ayah dia berniaga kerbau, lembu dan emak dia tanam sayur. (keluarga orang kaya ke miskin pakcik ni?) Mereka beli kerbau dan lembu daripada orang kampung, digemukkan dan dijual. Sebab pakcik ni tolong ayah dia berniaga, dia tak boleh masuk sekolah sepenuh masa. Jadi dia masuk Sekolah Saint Michael Independent, belajar sebelah petang. Sebelah pagi jaga kerbau lembu, sebelah petang belajar. pagi dgn kerbau, petang belajar... beginilah seterus2nyaa...) Itu pun SAMPAI TINGKATAN 5 SAHAJA dan tak sempat ambil peperiksaan. sadiss molep...!


Dia mula berniaga sendiri pada awal tahun 1970-an (turun temurun beb! mesti ado org kutuk die. dari bapak sampai anak jual lembu.) bila perniagaan kerbau lembu ayah dia down akibat wabak penyakit kaki dan mulut (hawar). penyakit ini tidak mengenal lembu sape2.






"Syed Mokhtar tidak malu dan segan mengakui diri dia sebagai keluaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun dia sendiri mula berniaga dengan gigih lama sebelum DEB bertapak. Jadi tak betullah fitnah Bumiputera tak pandai berniaga atau semua usahawan Melayu yang berjaya adalah usahawan kroni, payung terjun dan proksi"



Perniagaan kerbau lembu babitkan pengangkutan dari Selatan Thai sampai ke Kuala Lumpur. so, Syed Mokhtar belajar serba sikit mengenai pengangkutan. Bila dia ambil alih perniagaan ayahnya, tindakan pertama yang dia buat adalah mohon lesen lori.

Dia dapat empat Lesen Kelas A dan minta pinjaman Mara. Dia dapat RM110,000 yang cukup untuk beli dua buah lori Mercedes 911LS. Seorang tauke Cina minta beli baki dua permit itu. Syed Mokhtar kata terima kasih dan dia serahkan dua lesen yang tak dipakainya itu kepada Mara.

Dia bagi nama syarikat lorinya Syarikat Kenderaan Sentosa, ambil sempena nama Hotel Sentosa di Jalan Raja Laut tempat dia tinggal bila berurusan di Kuala Lumpur. Syarikat itu ada sampai hari ini dengan lebih 40 buah lori.

Daripada perniagaan kerbau lembu -----> pengangkutan lori dia berkembang ke dalam bidang hartanah dengan bantuan Lembaga Kemajuan Bandar (Uda), perniagaan beras dengan dua rakan kongsi bangsa Cina, kontrak pembekalan kerajaan, mengimport dan membungkus susu dari New Zealand, perkapalan, pembuatan dan perbankan. macam2!

Hari ini, Syed Mokhtar ada lebih 10 buah syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia dengan kakitangan lebih 30,000 orang. Tahun ini, dia disenarai oleh majalah Malaysian Business sebagai orang ketujuh terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM6 bilion daripada 40 yang disenaraikan.

Syed Mokhtar tidak malu dan segan mengakui diri dia sebagai keluaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun dia sendiri mula berniaga dengan gigih lama sebelum DEB bertapak. Jadi tak betullah fitnah bahawa Bumiputera tak pandai berniaga atau semua usahawan Melayu yang berjaya adalah usahawan kroni, payung terjun dan proksi.

Cuma kita orang Melayu tidak cukup hormat kepada kebolehan anak bangsa kita sendiri. Kita mudah makan fitnah dan dakyah orang yang tak suka bangsa kita maju. Jadi kita kena ubah sikap negatif ini kalau mahu bangsa kita maju.







malas nak cite tentang sorang manusia ini... sebab die bukan melayu. xpe, story jugak... sikit sahaja.




Vincent Tan individu ke-828 (lawa no) terkaya dunia - CEO KUMPULAN BERJAYA




- miliki aset bernilai AS$1.2b






psst: tan sri syed mokhtar al-bukhary (ke-655 dgn aset AS$1.5billion..) kayo kayoooooo




di kalangan negara Asia, China terus mengungguli dengan peningkatan lebih 2x ganda bilangan hartawan dalam senarai itu. (dari 28 (tahun lalu) kepada 64) wahwahwahhh....

.... berniaga dah jadi darah daging orang cina. mereka tahan dugaan. dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan perlukan kemahiran 'seni kungfu perniagaan' untuk atasi apa jua rintangan. orang cina pandang tinggi pada orang yang berniaga, sekalipun perniagaan kecil macam jual air batu di kaki lima daripada mereka yang makan gaji. orang yang berniaga sendiri ni ada lebih banyak kebebasan dan kuasa. dipangggil 'tauke', istilah yang sangat dibangga oleh orang cina... satu gelaran KEBESARAN.

-umar aisy, Bayangan Rindu.





wh0 iS MaLaysia'S CEO oF tHe yEaR 2009??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...