@ hujung jari jemari

Tuesday, March 2, 2010

mengapa harus cinta: perlukah cinta?


"CINTA itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu tang tidak terfikir oleh akal. Qois mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cinta kepada isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya." - Anymous

CINTA = seperti keperluan asasi (makanan, pakaian, perlindungan).
CINTa = fitrah semulajadi dari ALLAH kepada manusia.
CINTA yang dambaan = yang merangsang perasaan, menaikan semangat perjuangan & beri makna dalam kehidupan.
CINTA yang diperlukan = yang menguatkan, menyucikan perasaan & kehormatan

keinginan melakukan apa jua kerja memerlukan CINTA sebagai pendorong. semangat untuk bangkit diperoleh melalui cinta tulus yang sentiasa subur menuju KESEMPURNAANNYA.

kata2 'CINTA ITU BUTA' mencemarkan KEMULIAAN CINTA. ada cinta yang menjadikan pengamalnya tidak dapat melihat kebenaran dan hakikat kehidupan sebenar. CINTA berlandas ILMU adalah sebaik-baiknya kerana mampu menjadi cahaya penyuluh kehidupan, penunjuk jalan kebenaran dan keamanan. (inilah yang aku cari... so, aku kena cari ilmu CINTA)

kita yang bercinta dengan penuh kesedaran (aku nak!) menyedari kita bertanggungjawab atas segala tindak-tanduk dan perbuatan kita dalam percintaan. kita takut pada PERHITUNGAN ALLAH. Oleh itu, memahami hakikat cinta yang sebenar adalah penting supaya kita dapat membawa cinta yang kita pelihara dan sanjung itu ke tahap yang menjurus kepada kemuliaan anugerah ALLAH. (YESS!! aku nak memahami hakikat cinta sebenar.)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...