@ hujung jari jemari

Saturday, May 2, 2009

DiE cuRanG @ t!DaK??? :::part 2:::

benarkah aril yang curang???
melissa pula terlalu naif dan baik dalam mempertimbangkan sifat orang sekelilingnya. apabila kelihatan aril berdampingan dengan gadis lain, sahabatnya sendiri, ahli keluarga dan teman terdekat sangat bersimpati dengannya. kebaikanya itu sangat dikagumi. zalea punya alasan mengapa dia perlu mendampingi aril. melissa pula ada persepsinya sendiri terhadap zalea dan kebaikan dia tidak boleh dipertikaikan. aril pula memang dia lelaki dan kerana itu sifatnya begitu. tidak perlu ada alasan mengapa lelaki curang atau memandang wanita lain. sememangnya itulah dia lelaki.
nanti dulu! bersikap adil terhadap lelaki juga perlu. menuduh melulu mereka sifatnya begitu, pasti ada yang marah. dalam keadaan ini, aril punya alasan tersendiri mengapa dia begitu tertawan dengan eksotiknya zalea. dia tertanya-tanya mengapa lelaki tidak beranggapan wanita beraut wajah seperti zalea itu cantik. nampaknya dia salah seorang daripada mereka yang hanya memandang kecantikan ideal melissa. selepas mengenali zalea, dia jatuh simpati pula dengan latar kehidupannya. bagaimanakah agaknya jika tiba harinya zalea mahu bernikah? dia ada 2 wali yang kuat tetapi mereka pula menafikan darah daging mereka. dunia ini kadang kala tidak berlaku adil. Allah berikan akal tetapi disalahgunakan atau tiada pertimbangan sewajarnya.
setelah itu zalea juga menyedari aril merapatinya kerana simpati. mula-mula ada kenakalan, tarikan antara lelaki dan perempuan. begitupun dia menyedari akan hubungan aril dan melissa tidak boleh dipisahkan. zalea sendiri sering akur dengan kejelitaan melissa dan dia akan kalah beribu-ribu kali. hendak dibandingkan mereka berdua bagaikan langit dengan bumi. lalu zalea kembali menjadi penunggu sepi yang mengharapkan lelaki sebaik aril muncul jadi penyelamatnya. pastinya diri aril yang telah menjadi hak milik melissa takkan disentuh. malah, kasih sayang aril bagaikan kehadiran kasih sayang si abang yang dipisahkan daripadanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...