@ hujung jari jemari

Sunday, February 14, 2010

Taufik vs Hidayah

aku penah tanya ustazah aku mase aku form 4 or form 5 dulu... ape aku tanya?? aku tanya, "ustazah, ape beza Taufik dan Hidayah? kite selalu doa supaya Allah SWT beri kita Taufik dan Hidayah. setahu saya hidayah tu petunjuk... taufik gak petunjuk.. mesti ade bezakan? kalau suh pilih, secara semula jadi, ikut hukum alam, n sebagai perempuan normal, perasaan saya dah tentu minat kepada Taufik. ye laa, saya dilahirkan ber-binti, bukan ber-bin." woHHaH! aku x cakap bahasa standard dengan ustazah aku, aku cakap loghat kelantan. sori, ni aku saje mekap untuk menyedapkan lagi tulisan. kononnye ler...

ape ustazah aku cakap??

die cakap, "betol, hidayah tu petunjuk... taufik tu petunjuk jugak. ade beza pun sikit2 je la.."
ape bezanye?? aku juz utarakan pertanyaan ni dalam hati sahaja. tapi dalam ayat mula2 dah jelas2 aku nak tahu ape perbezaannye. tapi (bagi aku ler..) ustazah tu bagi jawapan yg kureng memuaskan. memang x memuaskan nafsu keingintahuan aku! so, aku diam je ler... malas nak cakap banyak dengan die coz die sibuk nak ajar 'budak pandai'.


sampai la satu ketika....
bila aku sudah besar. umor 20 tahun plus...pluss., pandai surf tenet dengan lancarnye... (perasan sikit), satu petang yg damai, petang yg betol2 rilex, sambil tv dok tayang karton perman (cupp! aku x tgk karton cerdik ni!), tanggal 14 feb 2010, hari 'org bodoh, banggang, tolol' sambut valentine, kebetolan hari ini jugak chinese new year, hari untie sebelah umah bagi limau, aku merenda kat keretamayat mencari ilmu, aku jumpe jawapan untuk persoalan ni.... dengan x sengaja....

sudah lama mencari
tapi tak ku temui
rasa yang selalu
ada di hati
ada di hati... (yeaa..a)

kini aku temui...

Sebenarnya kita akan masuk syurga bila kita mendapat taufik dan Hidayat dr Allah.
Taufik?
Hidayat?

Taufik ni adalah "kesedaran" yang Allah datangkan pada kite.
Hidayat pulak akan datang bila kite buat usaha atas kesedaran.


Allah akan bagi "kesedaran" dengan bermacam2 cara. dengan kesedihan, kesengsaraan, kekecewaan, kebahagiaan, kesenangan, ketenangan, bla bla bla, etc etc etc...


Tapi kite hanya dapat kesedaran (TAUFIK) belum dapat hidayat lagi. jadi untuk dapat hidayat kite kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran kite itu. x paham?? LU PIKIR LA SENDIRI!

contoh laaa....
kite tahu tinggal solat tu BERDOSA! tapi kite tinggal jugak. tak buat usaha atas kesedaran


'Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama2 Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan...' -encik keretamayat.blogspot.com


aku copy/paste satu cerita dari keretamayat:


Satu cerita...Cuba baca dengan penuh penghayatan.
Pada satu malam dekat kubur jam 2 pagi...suasana sunyi, dari jauh bunyi anjing ketakutan..dan kucing berkelahi, tiba-tiba kubur merekah, keluar bau yg busuk dan munculah mayat perempuan dengan kain kapan yang kekuningan merangkak menuju ke arah korang...sebelah matanya jatuh..dan giginya agak 'jo' serta darah hitam pekat mengalir dari mulutnya macam jo-on...


apa perasaan korang? seram tak? tentulah tidak sebab korang baca depan komputer waktu kerja ramai orang, cubalah baca cerita hantu ni kat kubur kampung nenek korang waktu malam sorang diri jam 2 pagi...baru baca "pada satu malam..." dan terketar2...meremang bulu roma, tempurung lutut berlaga...

Begitulah jugak dengan hadith nabi atau nasihat ugama...setakat baca internet, mana nak datang kesan nya...korang sedar tapi takde kesan,cubalah pergi majlis ugama kat masjid dengar ustaz cakap "semua orang akan jadi mayat..." meleleh air mata insaf...sebab tulah org alim mintak kita hidupkan bacaaan hadith kat masjid.


agak banyak typing error... xpela, malas nak edit. maybe ini gaya penulisan pemandu keretamayat?? heheee

...... dan, mereka-mereka berkata,.........


hidayah / niat buat baik / etc: tetamu Allah. kalau kita layan dia ngan baik maka dia akan datang berulang2 kali. dia suka utk bertandang ke rumah (read: hati) kita.


HIDAYAT TU PETUNJUK
TAUFIK TU BIMBINGAN


.... hidayah itu milik Allah dan hanya Dia yg berhak memberinya kepada sesiapa jua yg berusaha mencarinya.tak kira lah sama ada dari blog,ceramah ugama mahupun alam ciptaan Allah ini.....


.....nyanyi2 dulu....

Bukan aku tak cinta
Kepada mu semakin kurela
Kau lah satu di dunia
Tapi kau tak mengerti
Getaran rasa hati ini
Masih ada kucari

Kau anggap aku berseloka
Dan asyik dalam misteri
Mencari Nur dan kasih Nya pasti
Akhirnya engkau curiga
Katamu aku berdusta
Memperduakan cinta

Mentari di tangan bulan
Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia
Relalah aku korban
Andainya satu hukuman
Kau tinggal diriku
Tanpa satu pengertian

Dan sebenarnya cinta kita
Hanya cinta sementara
Kan hilang jua dibawa arus pawarna
Cinta pada kuterpandang
Kan pudar nafas hilang
Hanya ia menanti ku di Azali yang suci
Mengertilah kau sayang
Kau harus rasakan ke alam tanpa mati
Dan kita seabadi
Dan akhirnya engkau kucup oh tangan ku

Marilah ku bisikkan keramat kasih ini
Biar menjadi nadi
Rahsiakan kalimah ku
Hingga ia menjadi tanda
Hidup mati bersama
Hidup mati bersama

lagu ape ni??? lagu nur kasih, slam. asenye aku dah post lirik ni kat entry lepas. but kat sini nak cite yang lirik lagu ni menceritakan pasal orang nak cari hidayah. errmmm baruku tahu tapi masih belum kufahami.. muahahaha.

belum memahami bukan bermakna x nak memahami okeyyy...

♥ aku google ♥



Kata hidayah berasal dari akar kata hadaya yang dalam bahasa Indonesia diartikan dengan petunjuk. Secara etimologi hidayah diartikan dengan rambu-rambu yang menyampaikan seseorang kepada yang dicari atau diartikan juga dengan ecerdasan dan penjelasan yang lawan katanya adalah kesesatan, demikian ditegaskan oleh Luwis Ma'luf dalam Kamus Al-Munjid.

Muhammad Quraish Shihab menegaskan bahwa hidayah adalah tuntunan Tuhan kepada setiap makhluk agar dapat memiliki sesuatu atau tuntunan untuk memenuhi keperluan hidupnya. Dialah yang memberi hidayah kepada anak ayam memakan benih ketika baru saja menetas, atau lebah untuk membuat sarangnya dalam bentuk segi enam karena bentuk tersebut lebih sesuai dengan bentuk badan dan kondisinya. Menurutnya lebih lanjut bila kata hidayah diidiomkan dengan kata ila maka itu mengandung makna bahwa yang diberi petunjuk belum berada dalam jalan yang benar dan bila tidak menggunakan kata ila maka pada umumnya mengisyaratkan bahwa yang ditunjuki sudah berada pada jalan yang benar.

Berdasarkan pengertian di atas maka hidayah secara terminologi adalah hasil dari usaha yang dilakukan oleh seseorang sehingga sampai kepada suatu batas yang dapat membedakan antara yang hak dan yang bathil. Untuk sampai kepada hasil dimaksud maka Tuhan telah membuat semacam rambu-rambu yang harus dipatuhi oleh seseorang sehingga dengan kepatuhan ini maka seseorang dipastikan akan sampai kepada hidayah dimaksud. Sebaliknya bila rambu-rambu ini diabaikan maka usaha yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan hidayah pasti akan mengalami kegagalan.

Keberhasilan dan kegagalan dalam mendapatkan hidayah sangat tergantung kepada cara yang ditempuh. Bila cara yang ditempuh sesuai dengan tuntunan Tuhan maka hidayah pasti didapatkan namun sebaliknya hidayah tidak akan didapat bila cara yang ditempuh berlainan dengan tuntunan Tuhan. Dengan demikian dapat tidaknya hidayah sangat ditentukan oleh upaya-upaya yang dilakukan. Oleh karena itu persefsi yang menjelaskan bahwa hidayah seolah-olah diberikan Tuhan kepada seseorang tanpa mekanisme sangat sulit diterima akal. Dalam Al-Qur'an kata hidayah adakalanya diungkapkan dalam bentuk kata kerja dan adakalanya dalam bentuk kata benda. Hidayah dalam bentuk kata kerja mengisyaratkan adanya upaya-upaya yang harus ditempuh sedangkan dalam bentuk kata benda dapat dipahami sebagai hasil dari upaya-upaya yang telah dilakukan, namun kedua-duanya (upaya dan hasil) telah diatur sedemikian rupa oleh Tuhan.

komen aku: rambu-rambu?? ape itu?? ape beza dgn rambu-ramba? heheee


Hidayah tu ilham nak buat baik. Masih dalam fikiran, belum buat. Contoh, tiba-tiba sahaja seorang tu rasa sedar akan kejahilannya dalam agama dan dia rasa macam nak mula belajar agama untuk menghilangkan kejahilannya itu.

Hidayah ini orang sering sebut seiiring dengan taufik.

Taufik tu kekuatan fizikal nak buat baik. Contoh : Setelah dapat ilham di atas, orang yang dapat hidayah tu berusaha luangkan masa satu pagi yang dingin untuk bawa kenderaan dan menghadiri satu kuliah agama yg diadakan selepas subuh di masjid berhampiran tempatnya.

Itu perlukan kekuatan fizikal nak buat tu.

Mcm angkat selimut utk pi solat subuh berjemaah, body builder yang kuat dan lengan berketul tu pun tak mampu nak buat kalau tak ada taufik.


sajak la pulak....

Hidayah dan petunjuk adalah di tangan Tuhan
Manusia boleh mengusahakan
Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan
Kerana hidayah itu mahal nilainya
Tidak semua orang berhasil mendapatkannya
Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan
Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang
Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang
Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun
Dia tidak mengambil pengajaran
Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa
Khawariqul 慳dah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan
Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku
Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah
Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan
Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan
Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan
Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman
Tersesat jalan tidak tahu tujuan
Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya
Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan
Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya lebih teruk daripada orang buta
Atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya
Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan
Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah
Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula
Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat
Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta
Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap


psst!: muzik yang mengiringi:- aku jatuh cinta (LIYANA JASMAY), nur kasih (SLAM)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...